Pembangunan pertanian di kawasan Kampung Sri Jaya yang ingin direalisasikan melibatkan hasil tanaman pertanian yang segar. Tanaman yang dihasilkan menepati standard kualiti dan keselamatan makanan serta berkeupayaan untuk meneroka pasaran luar bandar.
Galakan diberikan kepada pengusaha-pengusaha baru di kawasan ini yang ingin menceburi industri ini, selain meningkatkan keupayaan pengusaha sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Kewujudan Pejabat Pertanian di Kg Baru Sg Telor banyak membantu petani-petani kecil untuk menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi. Terdapat pelbagai jenis tanaman yang dijalankan di sekitar Kampung Sri Jaya, antaranya:
– Ladang Kelapa Sawit
– Ladang Getah
– Tanaman Betik
– Cendawan
– Nenas
– Sayur-sayuran