
NADI kg. Sri Jaya, Mukim Ulu Sungai Johor mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada pembaca yang sudi melawat laman web kami. Pusat Internet merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Sebaran Malumat Nasional (NADI) rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1 dan 52 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI Kg. Sri Jaya sebagai tempat merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap Pusat Internet diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
*e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
*e-Pembelajaran (e-Learning)
*e-Perniagaan (e-Commerce)
*Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
*Pusat Komunikasi.
*Pusat Pembangunan Aplikasi Berdasarkan Perkongsian Perisian.
*Pusat Peperiksaan dan Persijilan
