
Awas Penipuan Pekerjaan Dalam Talian!
Penipu semakin bijak menggunakan taktik licik untuk mengaburi mata anda. Modus operandi mereka termasuk:
Meminta bayaran sebelum kerja dijalankan.
Memaksa pembelian barang dari platform tidak sah.
Menghantar pautan mencurigakan yang berbahaya.
Berhenti dan Fikir! Jangan bertindak terburu-buru!
Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Ingat! Jangan biarkan penipu menguasai hidup anda. Lindungi diri dan orang tersayang daripada ancaman penipuan ini. Sentiasa Berwaspada!
Sources: Kementerian Kewangan Malaysia
#JanganKenaScam#KenalSebelumKena#BNM#ABM#AIBIM# #FENetwork#FinancialLiteracy#FinancialEducation#ScamAlert#MalaysiaMADANI#investsmartsc#seccommy#scam#bijaklabur#silaplaburduitlebur#semaksebelumlabur#LetsFightScammerTogether#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#MCMC#Taknakscam#KementerianKomunikasi#SoalSekatSebar