|
PROGRAM DAN KARNIVAL MELIBATKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA 1) PROGRAM PI1M BERSAMA KIPMART KOTA TINGGI Tarikh : 27 Disember 2014 Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang 2) PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN DAN KDB Tarikh : 28 Ogos 2014 Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang 3) KELAS ASAS KOMPUTER PELAJAR SEKOLAH RENDAH Tarikh : Setiap hari sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun Jun 2014 Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang 4) KELAS ZAPIN ONLINE PELAJAR TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH Tarikh : Setiap hari sepanjang cuti sekolah pertengahan tahun Jun 2014 Masa : 2.30 petang – 5.30 petang 5) KLIK DENGAN BIJAK 6) LATIHAN KEUSAHAWANAN 7) KELAS ASAS KOMPUTER WANITA
PROGRAM DAN KARNIVAL MELIBATKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA 1) PROGRAM MESRA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Pegawai Terlibat : Nur Farhana Binti Zakaria & Norashidah Binti Mohd Yusof Tarikh : 28 Disember 2013 Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sri Jaya Kumpulan Sasaran : Semua Golongan Tujuan dan sasaran aktiviti : PROGRAM PROMOSI BERSAMA KOMUNITI 2) PROGRAM MY SIHAT Pegawai Terlibat : Nur Farhana Binti Zakaria & Norashidah Binti Mohd Yusof Tarikh : 07 September 2013 Tempat : Padang Awam Kampung Baru Sungai Telor Kumpulan Sasaran : Semua Golongan Tujuan dan sasaran aktiviti : PROGRAM PROMOSI BERSAMA KOMUNITI 3) PROGRAM PROMOSI Pi1M (GMBO / 1CITIZEN / PAKEJ KOMUNIKASI BELIA ) DAN PERASMIAN DEWAN RAYA 2013 Pegawai Terlibat : Nur Farhana Binti Zakaria & Mohd Alhafiz Bin Mustapha Tarikh : 23 Mac 2013 Tempat : Dewan Raya Kampung Sungai Telor Kumpulan Sasaran : Semua Golongan Tujuan dan sasaran aktiviti : PROGRAM PROMOSI BERSAMA KOMUNITI
PROGRAM DAN KARNIVAL MELIBATKAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA
1) PROGRAM BULANAN Pi1M KG SRI JAYA (GOTONG-ROYONG Pi1M) Pegawai Terlibat : Nur Farhana Binti Zakaria & Mohd Khidir Bin Sazali Tarikh : Setiap bulan Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya Tujuan dan sasaran aktiviti : GOTONG-ROYONG Pi1M BERSAMA KOMUNITI ** PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti telah mengadakan program gotong-royong yang dijalankan setiap bulan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama komuniti. Dari program ini, kebersihan dan keceriaan Pusat Internet 1Malaysia dapat dikekalkan dan secara tak langsung dapat menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia. Gambar-gambar program terdapat di Galeri Pusat Internet 1Malaysia
2) PROGRAM KESEDARAN BAHAYA DADAH Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali Tarikh : 13hb Februari 2010 Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya Tujuan dan sasaran aktiviti : PROGRAM KESEDARAN BAHAYA DADAH ** Program Kesedaran Bahaya Dadah telah berjaya dilaksanakan di Pi1M Kg Sri Jaya. Penglibatan peserta lebih dari 200 orang. Program Kesedaran Bahaya Dadah dijayakan dengan kerjasama dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kota Tinggi. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti akan betapa bahayanya dadah pada diri, keluarga dan masyarakat. Peserta yang hadir juga didedahkan dengan kesan-kesan hasil daripada pengambilan dadah. Dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yg telah berjaya dijalankan.
3) BOOTH PROGRAM MAULIDUR RASUL KG SRI JAYA Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali Tarikh : 6hb Mac 2010 Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya Tujuan dan sasaran aktiviti : PROGRAM PROMOSI BERSAMA KOMUNITI ** Pada 6hb Mac, Parlimen Bahagian Tenggara telah mengadakan Program Maulidur Rasul bagi menghormati hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Dengan bertemakan “Memantapkan ukhuwah, memperkasa ummah”, program ini di sambut meriah oleh seluruh penduduk sekitar Kg Sri Jaya. Program ini juga turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, pendidikan dan Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO).
4) PROGRAM BENGKEL ICT Pegawai Terlibat : Mohd Khidir Bin Sazali & Mohd Ismadi Bin Ismail ** Bengkel ICT telah dijalankan di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya, seramai 35 orang peserta daripada semua golongan telah mengikuti bengkel tersebut. Pelajar diajar cara-cara membina dan menggunakan e-mail dengan berkesan. Hal ini kerana penggunaan e-mail amat penting dalam dunia IT kini.
5) PROGRAM BENGKEL KESIHATAN Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali Tarikh : 27 & 28hb Februari 2010 Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya Tujuan dan sasaran aktiviti : BENGKEL KESIHATAN UNTUK KOMUNITI ** Bengkel kesihatan yang dijalankan di PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Komuniti telah berjaya mendapat perhatian 54 orang peserta. Program yang dijalankan ialah mengajar peserta untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan dari laman web kesihatan. Contoh laman kesihatan yang paling popular ialah laman web rasmi Jabatan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia “www.moh.gov.my”. Dari bengkel ini, peserta dapat mencari punca sesuatau penyakit dan juga kaedah pencegahan yang boleh diamalkan peserta. Bengkel ini telah berjaya memberi kesedaran kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
6) PROGRAM BENGKEL INTERNET DAN SUKAN DUNIA Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali Tarikh : 11hb April 2010 Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya Kumpulan Sasaran : Semua Golongan Tujuan dan sasaran aktiviti : BENGKEL INTERNET DAN SUKAN DUNIA ** Bengkel Internet dan Sukan Dunia yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang sukan-sukan yang terdapat di dunia. Peserta didedahkan kepada sukan jenis biasa dilakukan sehingga sukanextream. Bengkel ini telah mendedahkan peserta akan sukan-sukan yang mereka minat. Melalui bengkel ini, peserta dapat melayari sendiri laman web sukan dengan tujuan menambahkan pengetahuan atau memperbaiki teknik sukan sedia ada. |
7) PROGRAM E-NIAGA V1
Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali
Tarikh : 25hb April 2010
Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya
Kumpulan Sasaran : Golongan usahawan
Tujuan dan sasaran aktiviti : BENGKEL E-NIAGA
** Bengkel E-Niaga V1 adalah program sesi awal untuk memajukan usahawan dalam sektor perniagaan. Bengkel yang diadakan ialah mengajar peserta untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan ke dalam laman web pengiklanan. Dalam bengkel ini, peserta didedahkan dengan laman web “www.mudah.com dan www.lelong.com”. Dari sesi bengkel ini, peserta dapat melayari sendiri laman web pengiklanan dengan tujuan mengiklankan produk atau membeli produk.
8) PROGRAM SUMOPAINT
Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali
Tarikh : 8 & 9hb Mei 2010
Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg. Sri Jaya
Kumpulan Sasaran : Semua Golongan
Tujuan dan sasaran aktiviti : BENGKEL SUMOPAINT
** Bengkel sumopaint adalah bengkel yang mendedahkan peserta kepada laman web untuk mencipta, berkongsi, menjelajah dan berkreatif menerusi aplikasi foto seakan Photoshop. Laman web sumopaint,“www.sumopaint.com” mengasah kreativiti peserta dalam pembinaan foto. Web ini mengandungi peralatan melukis seperti Filter efek 3D, Blur, Distort, efek cahaya, stylize dan banyak lagi. Bengkel ini telah berjaya menarik minat 29 orang peserta.
9) PROGRAM E-NIAGA V2
Pegawai Terlibat : Mohd Ismadi Bin Ismail & Mohd Khidir Bin Sazali
Tarikh : 22hb Mei 2010
Tempat : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA Kg.Sri Jaya
Kumpulan Sasaran : Golongan usahawan
Tujuan dan sasaran aktiviti : BENGKEL E-NIAGA V2
** Bengkel E-Niaga V2 adalah sambungan dari program bengkel yang awal. Bengkel ini juga diadakan atas permintaan peserta dari bengkel yang pertama. Dalam bengkel yang diadakan, peserta didedahkan dengan lebih mendalam cara untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan ke dalam laman web pengiklanan. Selain itu, peserta didedahkan dengan laman web “www.mudah.com dan www.lelong.com”. Dari sesi bengkel ini, peserta dapat mengiklankan sendiri produk dan perkhidmatan perniagaan mereka.
10)PROGRAM KEMBARA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG. SRI JAYA